AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 8 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Papar) dan Labuan.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :