AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 8 malam

SHAH ALAM, 24 JAN : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :