Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pada 23 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar pulang ke kampung halaman di Cheruk Tok Kun

BUKIT MERTAJAM, 23 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Cheruk Tok Kun di sini buat pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepulangan beliau yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah.

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Kenduri Rakyat yang diadakan di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun malam ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 Nov tahun lepas.

— BERNAMA

 


Pengarang :