Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut membantu memindahkan pasangan warga emas yang mengalami masalah angin ahmar dengan menggunakan bot di Kampung Baroh Masin, Hulu Besut pada 18 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Banjir di Hulu Terengganu pulih, pusat pemindahan sementara ditutup

KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Situasi banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya apabila satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah berkenaan ditutup petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Kemat yang sebelum ini menempatkan 71 mangsa daripada 23 keluarga ditutup pada pukul 3 petang tadi.

“Bagaimanapun Sekretariat JPBN sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia kerana cuaca di seluruh negeri nampak sedikit mendung,” menurut kenyataan itu.

PPS Balai Raya Kampung Kemat dibuka malam semalam ekoran kediaman penduduk dinaiki air secara mengejut pada sebelah petangnya.

– BERNAMA


Pengarang :