Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk ketika program bantuan masuk sekolah Tawas bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan

SELAYANG, 30 JAN: Bantuan awal sesi persekolahan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) meringankan beban khususnya ibu bapa yang mempunyai tanggungan ramai.

Zaharah Abd Manaf, 43, berkata sebagai ibu tunggal bantuan persekolahan yang diterimanya itu mengurangkan perbelanjaan persekolahan empat anaknya yang masih bersekolah.

Zaharah Abd Manaf, 43 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Sebagai ketua keluarga yang mempunyai empat orang anak masih bersekolah pastinya bantuan awal persekolahan ini meringankan beban dalam membeli barangan persekolahan,” katanya.

Beliau ditemui pada program penyampaian bantuan Tawas di Dewan Rakyat Batu Caves di sini semalam yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, jururawat, X Chenthamarai, 46, berkata permohonan untuk bantuan Tawas mudah dan cepat.

“Anak kedua saya penerima bantuan Tawas sebelum ini dan mungkin disebabkan pernah memohon prosesnya mudah.

X.Chenthamarai, 46 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bantuan ini sangat membantu dan anak juga gembira apabila dimaklumkan dapat beg sekolah,” katanya.

Sementara itu, jurujual, Jerome, 37, berkata ini merupakan bantuan persekolahan pertama yang diterima anak sulungnya.

“Sudah pasti bantuan ini meringankan beban kerana isteri tidak bekerja dan anak kedua akan bersekolah.

Jerome, 37 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Walaupun saya sudah membeli beberapa keperluan sekolah untuk anak termasuk beg ia masih boleh digunakan,” katanya.


Pengarang :