PBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran MPKj, berpeluang menang cabutan bertuah

SHAH ALAM, 7 JAN: Hadiah cabutan bertuah terkumpul sehingga RM100,000 termasuk cabutan bulanan tambah nilai Touch ‘n Go menanti pembayar cukai taksiran 2023 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan ia menerusi program insentif cukai 2023, Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPKj 2023–Jom Bayar & Menang.

“Tahun ini MPKj menawarkan hadiah cabutan bertuah menarik berjumlah sehingga RM100,000.

“Ia termasuk cabutan bulanan tambah nilai e-dompet Touch ‘n Go sehingga RM30,000 untuk dimenangi penduduk bertuah,” katanya di Facebook.

Menurut MPKj, cabutan bertuah ini layak untuk pembayaran cukai taksiran setahun dan tanpa tunggakan dari tempoh 1 Januari sehingga 28 Februari ini melalui semua saluran pembayaran dalam talian iaitu portal e-Bayar MPKj, PBTPay, Cepat, JomPay dan perbankan internet.

“Penyertaan akan diproses secara automatik oleh MPKj. Ini juga merupakan langkah untuk menggalakkan penduduk membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter,” katanya.


Pengarang :