Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Bekalan air 83 kawasan di Gombak, KL pulih sepenuhnya 9 malam tadi

SHAH ALAM, 2 JAN: Bekalan air di Gombak dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya jam 9 malam tadi susulan kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park semalam .

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Pengguna juga diharap menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Semalam kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 83 kawasan sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

 

 


Pengarang :