Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
AGENDANASIONALSELANGOR

Bekalan air di kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari

SHAH ALAM, 1 JAN: Bekalan air melibatkan 221 kawasan di empat wilayah terjejas susulan henti tugas sementara logi rawatan air (LRA) Sungai Semenyih pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan sisa pencemaran di stesen pam air mentah Jenderam Hilir petang semalam berpunca daripada pati minyak wangi akibat kemalangan di Lebuhraya Elite di Negeri Sembilan pada 24 Disember lalu.

Namun, aliran yang tercemar dijangka dialir (flush) dalam tempoh tiga hingga ke empat jam dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit. Bacaan pada 8.45 malam mencatat 1 TON.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Air Selangor menghenti tugas sementara loji tersebut pada 7 malam.


Pengarang :