Pengunjung menaiki trem di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Bersantai atas rakit tarikan baharu di Selangor Fruit Valley

Oleh SOFIA NASIR

SHAH ALAM, 1 JAN: Selangor Fruit Valley (SFV) menyediakan tarikan terbaharu kepada orang ramai iaitu bersantai di atas rakit mengelilingi tasik di kawasan berkenaan.

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook memaklumkan aktiviti itu mula dibuka kepada pengunjung bermula semalam.

“Kini anda boleh bersantai di atas rakit terus boleh pusing-pusing di Tasik Selangor Fruit Valley, dan mencipta kenangan anda semua di sini,” katanya.

Dalam hantaran lain, SFV turut memaklumkan ia tetap dibuka kepada orang ramai pada hari kelepasan am.

“SFV ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023, walau bagaimanapun kami buka seperti biasa bagi memeriahkan hari cuti anda,” katanya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected] .

Harga tiket masuk bagi pelancong domestik ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :