Program Jalinan Mesra Bowling di antara KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Ampang Jaya dan Jabatan Sisa Pepejal (JPSPPA) Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Wangsabowl, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Januari 2023. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

Boling persahabatan erat kerjasama KDEBWM, MPAJ

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 25 JAN: Pertandingan boling persahabatan anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Ampang Jaya bersama Jabatan Sisa Pepejal (JPSPPA) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Wangsabowl, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Program Jalinan Mesra julung kali diadakan selepas lebih lima tahun KDEBWM mengambil alih perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan MPAJ mampu membentuk kerjasama erat antara dua agensi.

“Kita harap program ini menjadi satu platform dan jambatan bagi mengeratkan silaturahim dan membentuk kerjasama dua hala yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Sebanyak 15 pasukan terdiri daripada gabungan kakitangan dua agensi bertanding dengan melibatkan 60 peserta.

Pasukan Kampung Pandan meraih juara keseluruhan manakala Bunga Tanjung dianggotai Ramli bersama Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim di tempat kedua dan Bunga Melur (ketiga).

Juara individu keseluruhan lelaki dimenangi Hairman Sulaiman daripada KDEBWM manakala Setiausaha MPAJ Julaihah Jamaludin (wanita).

Kesemua pasukan menerima hadiah berupa pingat sementara pemenang kategori individu mendapat pingat dan set penjagaan diri.


Pengarang :