Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail melihat pameran Gombak-Hulu Langat Geopark ketika menghadiri sesi Dialog Awam: Pengurusan Cerun Majilis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Menara MPAJ, Ampang Jaya pada 19 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Budayakan dialog awam, mudahkan penduduk tanya soalan, status tindakan

OLEH AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 20 JAN: Program dialog awam perlu dibudayakan bagi memudahkan penduduk bertanya terus soalan atau status tindakan diambil pemimpin dan pihak berkuasa dalam sesuatu isu.

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata pihak yang terlibat juga dapat bertukar pandangan dan berbincang lebih mendalam bagi mencari penyelesaian yang lebih khusus.

“Selepas ini kita akan buat dialog awam lebih kerap, mungkin dua bulan sekali. Kita juga akan adakan dialog setempat untuk pelbagai perkara di kawasan terlibat,” katanya.

Bercakap dalam program dialog awam berhubung pengurusan cerun malam tadi, beliau meminta warga Ampang membuat aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa tempatan melalui platform disediakan.

“Jangan cakap sahaja, kena buat aduan secara betul dan dokumenkan supaya tindakan boleh diambil,” katanya yang juga EXCO perumahan negeri.

Dialog awam itu disertai lebih 100 penduduk dan turut melibatkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan polis dengan 36 soalan dikemukakan sebelum program bermula.


Pengarang :