Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima bantuan peralatan usahawan India Selangor (I-Seed) pada program Jelajah Selangor Penyayang di Persiaran As Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India

SHAH ALAM, 28 JAN: Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1 juta.

EXCO pembangunan sosio ekonomi berkata bantuan peralatan perniagaan itu membantu lebih ramai usahawan kaum itu meningkatkan pendapatan.

“Peruntukan untuk I-Seed masih sama iaitu RM1 juta dan tiada penambahan. Setakat ini, maklumat awal permohonan diterima banyak dan mesyuarat jawatankuasa pemilihan diadakan pada bulan depan untuk tetapkan agihan bantuan.

“Bagaimanapun, perancangan awal kita cuba pastikan bantuan I-Seed bagi fasa pertama disegerakan sebelum Mei depan,” kata V Ganabatirau ketika dihubungi.

Program I-Seed dilancar bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.


Pengarang :