ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei (dua,kanan) melihat galeri foto koridor sejarah Kampung Baru Sungai Way ketika majlis menghiasi kepala singa baharu bersama Persatuan Tarian Naga dan Singa Khuan Loke di Dewan Serbaguna Seri Setia, Petaling Jaya pada 21 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNAGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dulu kotor dan busuk namun kini berubah wajah menjadi galeri sejarah klasik

PETALING JAYA, 24 JAN: Sebelum ini kawasan yang menempatkan parkir bawah tanah di dewan serbaguna Sungai Way di sini bukan saja kotor, busuk dan terbiar tetapi juga kerap dilanda banjir.

Begitupun kawasan yang dulunya tidak terurus itu kini berubah wajah apabila menjadi galeri sejarah klasik sekali gus menjadi kebanggaan penduduk Kampung Baru Sungai Way.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata ilham untuk melakukan transformasi itu tercetus pada 2019 sempena ulang tahun ke-70 Kampung Baru Sungai Way.

“Dahulu kawasan parkir ini terbiar, kotor dan busuk selain kerap banjir tetapi sekarang kami jadikannya sebagai koridor sejarah Kampung Baru dewan serbaguna Sungai Way.

“Saya mahu penduduk dan orang ramai melihat pembangunan Kampung Baru dan berbangga dengan pembaharuannya,” katanya kepada Selangorkini.

Yi Wei berkata lebih 200 barangan antik dipamerkan di galeri itu, dengan 80 peratus daripadanya disumbangkan penduduk kampung itu sendiri.

Menurutnya kos keseluruhan untuk baik pulih dan mengindahkan koridor sejarah itu menelan perbelanjaan hampir RM100,000, termasuk geran bernilai RM26,000 daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta tajaan syarikat korporat.

“Koridor sejarah dibuka kepada orang awam setiap Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dan masuk adalah percuma,” katanya.


Pengarang :