ADN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berucap meninjau program Serahan Bantuan Banjir DUN Meru di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, Klang pada 19 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Meru guna dana RM500,000 naik taraf kemudahan awam

KLANG, 27 JAN: Peruntukan RM500,000 tahun ini bagi Projek Selangor Penyayang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru menumpukan kepada pembaikan kemudahan awam.

Wakil rakyatnya Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata kerja naik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur yang dikenalpasti akan bermula penghujung Februari depan.

“Kita akan memperbaiki jalan-jalan yang tidak diwartakan, longkang dan sistem perparitan turut dinaik taraf supaya aliran air lancar.

“Selain itu, kemudahan awam yang sudah uzur seperti dewan orang ramai akan turut diberi perhatian,” katanya program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Meru semalam.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif Projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Seri Amirudin Shari berkata keutamaan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.


Pengarang :