Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat van jenazah sumbangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua dan Yayasan Albukhary Foundation ketika majlis serahan sumbangan dan bantuan DUN Sungai Tua di Dewan Terbuka Batu Caves, Gombak pada 15 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

DUN Sungai Tua belanja RM300,000 bantu penduduk, penjaja

GOMBAK, 16 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua membelanjakan kira-kira RM300,000 bagi membantu pelbagai pihak di kawasan itu.

Wakil rakyatnya Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu menumpukan aspek pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan dan projek kecil seliaan syarikat tertentu.

“Kita beri bantuan kepada anak bersekolah termasuk individu sakit selain persatuan penjaja serta syarikat yang melaksanakan projek kecil seperti pemasangan papan tanda dan pembaikan paip.

“Sumbangan ini berjumlah RM40,000 tetapi kalau masuk dengan bantuan van jenazah nilai keseluruhannya mungkin antara RM200,000 hingga RM300,000,” katanya pada majlis penyerahan bantuan di Dewan Terbuka Batu Caves di sini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar merasmikan perpustakaan mini di Masjid Jamiatus Solahiah, Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves sempena lawatan ke Parlimen Gombak.

Amirudin kemudian menyertai aktivis Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan ratusan masyarakat Tionghua minum petang di Dewan Jawatankuasa Penduduk Zon 1, Hulu Kelang.


Pengarang :