Borhan Aman Shah bercakap kepada media ketika Jualan Prihatin Rakyat Mega di Dataran Batu Laut, Kuala Langat pada 28 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Tanjong Sepat sedia 400 baucar beli belah sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LANGAT, 1 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat memperuntuk 400 baucar beli belah untuk diagihkan kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Borhan Aman Shah berkata baucar Jom Shopping bernilai RM200 akan diagih kepada penerima yang layak secara berperingkat sebagai persiapan menyambut perayaan itu.

“Kali ini mereka boleh beli barangan keperluan di pasar raya mini terletak di Tanjong Sepat berbanding sebelum ini terpaksa ke Banting yang memakan masa hampir sejam untuk berbuat demikian.

“Apabila ada pasar raya lebih dekat maka memudahkan mereka, hanya berjalan kaki atau kayuh basikal untuk beli barang. Diharap pemberian baucar ini meringankan beban golongan berkaitan untuk meraikan Tahun Baharu Cina,” kata EXCO Kerajaan Negeri itu.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :