Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan dan angin kencang hingga 9 pagi ini

SHAH ALAM, 13 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan enam daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga jam 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut berlaku di beberapa kawasan di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :