Pasukan EX Blackwidow juara Pertandingan Paintball Belia Generasi Petaling Jaya (GENPJ) 2022. Foto Facebook MBPJ
PBT SELANGOR

EX Blackwidow juara paintball MBPJ, bawa pulang hadiah tunai RM1,500

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 4 JAN: Pasukan EX Blackwidow pamer aksi membanggakan apabila meraih gelaran juara Pertandingan Paintball Belia Generasi Petaling Jaya (GENPJ) 2022 yang berlangsung 31 Disember lalu.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,500 dan piala pada program anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Pertandingan ini memfokuskan golongan belia untuk memberi peluang menceburi sukan ekstrem. Walaupun kebanyakan peserta baru pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini.

“Setiap pasukan mempamerkan semangat berpasukan yang baik,” kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan.

Pada pertandingan tersebut, pasukan RS & Friends menduduki tempat kedua, membawa pulang RM 1,000 dan kumpulan Ikan Kekek Mak Eloi2 tempat ketiga (RM 700).

Tempat keempat pula dimenangi kumpulan Kasi Hantam yang membawa pulang wang tunai RM 400 manakala, empat lagi kumpulan meraih hadiah sagu hati bernilai RM 200.

“Program ini diadakan khusus untuk golongan belia menjalinkan hubungan sosial selain mengisi masa lapang sempena cuti hujung tahun 2022,” kata MBPJ lagi.


Pengarang :