Kanak-kanak istimewa mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Bantu anak lambat bertutur, negeri tawar khidmat juruterapi

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM 23 JAN: Platform khas Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) menyediakan menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata ANIS menyediakan pakar profesional bagi membantu  ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kelewatan bercakap.

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan platform Tanya ANIS menyediakan khidmat juruterapi bagi menyelesaikan masalah dihadapi ibu bapa.

“Memperkenalkan pakar profesional bagi platform Tanya ANIS dalam bidang Pemulihan Perubatan, Puan Norazah Haron, Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“ Kemukakan soalan mengenai anak istimewa di https://www.anisselangor.com/tanyaanis atau imbas kod QR yang tertera,” katanya di Facebook.

Pada 18 Januari lalu beliau memaklumkan jabatan itu telah menyediakan platform untuk menjawab segala persoalan berkenaan anak istimewa dan program anjuran ANIS.

ANIS ditubuhkan sejak 2018 dalam membantu kebajikan selain menambah baik dan memajukan pendidikan anak istimewa di Selangor bagi memastikan nasib mereka terus terbela.


Pengarang :