EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (dua kiri) menyampaikan anugerah syarikat terbaik 2022 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading di Majlis Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 19 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO saran PKNS tubuh koperasi, terus gilap bakat peserta PROTUNe

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disaran menubuhkan koperasi bawah Program Tunas Niaga (PROTUNe).

EXCO pembangunan usahawan berkata inisiatif itu dapat mengilap bakat peserta program berkenaan dengan melibatkan mereka secara langsung dengan pengurusan koperasi.

“Kita lihat sudah sampai masa PKNS tubuhkan koperasi kerana legasi PROTUNe sudah dilaksanakan selama 24 tahun.

“Penubuhan koperasi dapat pastikan ekosistem keusahawanan dalam kalangan pelajar ini diperluas dan ditambah baik,” kata Rodziah Ismail.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading bersua foto ketika meraikan kejayaan memenangi lima anugerah terbaik 2022 pada Majlis Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 19 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Bercakap selepas Konvensyen PROTUNe ke-24 di Ibu Pejabat PKNS di sini semalam, beliau tidak mahu pembabitan pelajar PROTUNe dalam keusahawan tamat sebaik tamat pengajian sebalik kekal dalam komuniti usahawan.

“Walaupun PKNS ada program keusahawanan dari sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi kita tak mahu pembabitan pelajar berakhir sebaik mereka tinggalkan bangku sekolah.

“Kita mahu mereka kekal dalam komuniti usahawan jadi kita perlu terus bimbing mereka seperti mana dilaksanakan menerusi program Hijrah Selangor,” katanya.

Rodziah berkata beliau akan berbincang dengan pengurusan PROTUNe mengenai penubuhan koperasi itu dalam masa terdekat.


Pengarang :