Rumah api di puncak Bukit Malawati antara tinggalan sejarah yang terdapat di lokasi berkenaan. Foto Tourism Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Sebuah lagi makam bersejarah di Bukit Melawati dikenal pasti untuk kajian, naik taraf

PORT DICKSON, 7 JAN: Kerajaan Negeri mengenal pasti sebuah lagi makam bersejarah untuk dinaik taraf di Bukit Melawati, Kuala Selangor.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas majlis penyerahan projek naik taraf makam Almarhum Raja Hassan Raja Nala (Raja Busu) di Kampung Chuah, Lukut, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

EXCO kebudayaan dan warisan berkata Perbadanan Adat dan Warisan Selangor (Padat) sedang menjalankan kajian bagi tujuan itu sebelum dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Di Selangor ada satu lagi (makam untuk dinaik taraf) di Bukit Melawati. Kita sudah minta Padat buat kajian dan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

“Apa juga melibatkan salasilah diraja perlu mendapat perkenan Tuanku, begitu juga jika mahu lancar buku sejarah. Kita tidak boleh buat tanpa restu Baginda,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan projek menaik taraf Makam Almarhum Raja Hassan Almarhum Raja Muda Nala di Kampung Chuah, Lukut di sini, semalam

Sementara itu, Borhan berkata Kerajaan Negeri juga akan melancarkan muzium permainan tradisional di lokasi sama akhir bulan ini.

“Muzium itu akan dibuka secara rasmi hujung bulan ini, insya-Allah,” katanya.


Pengarang :