Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan empat kompaun dan lapan notis sempena Operasi Suci di Dataran Sentosa Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 10 Januari 2023. Foto Facebook MPHuluSelangor
PBTSELANGOR

Gagal patuh peraturan kebersihan, dua premis makanan di Bukit Sentosa diarah tutup

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 JAN: Dua premis makanan diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan sempena Operasi Suci di Dataran Sentosa Bukit Sentosa kelmarin.

“Operasi ini  bagi memastikan peniaga di premis sewaan MPHS mematuhi syarat dan kebersihan yang  ditetapkan. Sebanyak lapan premis diperiksa dan dua premis diambil tindakan penutupan.

“Keadaan premis uzur dan pengubahsuaian telah berlaku di premis. Status premis adalah gerai tetapi berubah kepada struktur bangunan premis,” katanya di Facebook.

Operasi yang disertai Unit Kawalan dan Penggredan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Bangunan turut mendapati seorang peniaga menjalankan perniagaan tanpa lesen.


Pengarang :