Foto Facebook Galeri Shah Alam
AGENSISELANGOR

Galeri Shah Alam anjur bengkel seni arca kertas, doodle

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 JAN: Orang ramai dipelawa menyertai bengkel seni anjuran Galeri Shah Alam Ahad ini dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Penolong kuratornya Nur Syafiqah Zainal berkata Bengkel Seni Arca Kertas dan Doodle itu terbuka kepada semua peringkat usia.

“Yuran penyertaan bagi Bengkel Seni Arca Kertas adalah RM30 manakala bagi Bengkel Seni Doodle pula RM20.

“Yuran penyertaan boleh dibayar secara atas talian. Pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan jika tidak hadir,” katanya.

Beliau berkata Galeri Shah Alam turut menyediakan peralatan dan sarapan untuk peserta yang menyertai kedua-dua bengkel berkenaan.

Bengkel yang dikendalikan penggiat seni terkemuka tanah air itu dihadkan 20 penyertaan bagi setiap bengkel dan untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Zahir (017-2878379).

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai bengkel serta program Galeri Shah Alam boleh ikuti group telegram https://t.me/studioseni_galerishahalam.


Pengarang :