AGENDANASIONAL

Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan yang sama pada 18 Januari.

Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67km.

– BERNAMA


Pengarang :