Sebahagian daripada penduduk Saujana Utama yang menghadiri ceramah Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan calon HARAPAN Sungai Buloh Datuk R Ramanan di Saujana Utama pada 14 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN Selangor sedia bincang dengan BN, teliti bentuk kerjasama

SHAH ALAM, 11 JAN: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat untuk membuat persiapan pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya Dato’ Sri Amirudin Shari mahu menyelesaikan perkara itu pada peringkat HARAPAN Selangor terlebih dahulu termasuk meneliti beberapa kemungkinan.

“Biar saya selesaikan dulu mandat dalam kalangan HARAPAN. Secara asasnya, saya tahu tiada tentangan cuma kita perlu lihat formulanya.

“Paling cepat, pada akhir bulan ini kita akan tentukan bentuk kerjasama. Menjelang Februari dan seterusnya kita perlu bersedia menghadapi PRN,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengakui ada perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin BN, Amirudin menjangka pengumuman berkaitan perkara tersebut dibuat pada minggu ini atau minggu depan.

“Ia perbincangan yang positif. Saya harap ia akan mewakili sentimen seperti kerajaan persekutuan,” kata ahli parlimen Gombak itu.


Pengarang :