AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, lima daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 21 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di Selangor dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga jam 6 petang ini.

Menurut agensi tersebut, daerah terlibat ialah di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka manakala beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :