AGENDA NASIONAL

Hujan lebat, ribut diramal landa lima daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 JAN: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda Putrajaya dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :