Lokasi pembuangan sampah haram yang dibersihkan dalam gotong-royong perdana anjuran KDEB Waste Management. Foto Facebook KDEBWM
PBTSELANGOR

Individu buang sampah merata-rata, secara haram akan dikompaun MPAJ

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JAN: Dalam usaha menjadikan Ampang Jaya sebagai bandar yang berdaya huni Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) komited meningkatkan tahap kebersihan kawasan di bawah pentadbirannya.

Yang Dipertuanya berkata antara langkah diambil adalah menerusi tindakan penguatkuasaan ke atas pelaku yang membuang sampah merata-rata.

Tegasnya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga tidak akan berkompromi terhadap individu yang membuang sampah secara haram.

“Kita juga akan mengadakan kempen kebersihan tandas di lokasi trategik seperti stesen minyak, gerai makan, masjid dan rumah ibadat.

“Malah MPAJ turut menganjurkan pertandingan kebersihan dalam kalangan pemilik serta pengurus stesen minyak, gerai dan masjid bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim dalam satu kenyataan.

Sebelum ini MPAJ memberi kenyataan bahawa pemilik rumah atau tanah kosong yang terbiar sekitar Ampang Jaya boleh dikompaun jika gagal membersihkan premis masing-masing dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan.

Beliau menegaskan pembersihan dilakukan bagi menghapus tempat pembiakan nyamuk atau risiko kehadiran haiwan berbisa jika pemilik ingkar pada notis.


Pengarang :