Infrasel melaksanakan kerja-kerja bahu jalan di Jalan Rizab Derahman, Mukim Tanjong Karang pada 25 Januari 2023. Foto Twitter INFRASEL
AGENSISELANGOR

Infrasel baiki bahu jalan di Tanjong Karang dalam tempoh 24 jam selepas terima aduan

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JAN: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) bertindak pantas membaiki laluan di Jalan Rizab Derahman, Tanjong Karang dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan orang ramai.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu melaksanakan kerja bahu jalan di daerah Kuala Selangor berpandukan aduan di Twitter dengan #infrasel berhubung perkara berkaitan pada Rabu lalu.

Pada 16 Januari Infrasel telah melaksanakan kerja penurapan jalan raya di Jalan Resak, Kanchong, daerah Kuala Langat selepas menerima aduan orang ramai di Twitter.

Agensi itu memaklumkan orang ramai membuat aduan dengan memuat naik ciapan menerusi platform media sosial terbabit menggunakan #infrasel #namajalan #daerah berlakunya kerosakan jalan.

Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi projek penurapan jalan melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan kerja penurapan jalan besar-besaran di seluruh negeri akan dilaksanakan mulai Mac depan demi keselesaan pengguna.

Menurutnya, projek dengan kos RM50 juta menerusi Belanjawan Selangor 2023 membabitkan semua jalan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini, Amirudin menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Beliau memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.


Pengarang :