Ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson ditutup selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mengesan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada 9 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jabatan veterinar kesan penyakit demam babi Afrika di sebuah ladang di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 JAN: Penyakit demam babi Afrika atau ‘African Swine Fever’ (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan, dekat sini dan ladang tersebut telah ditutup bagi menghapuskan ternakan di situ.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang melaksanakan langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri.

“Keseluruhan ladang (babi) itu telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini, kami mahu membendungnya serta menghalangnya daripada merebak ke ladang babi lain,” katanya di sini hari ini.

Chow berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga, apabila wabak ASF melanda negeri lain kira-kira dua bulan lalu.

“Namun, di sebalik semua langkah berjaga-jaga ia tetap berlaku dan kita telah merekodkan satu kes ASF di SPS,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :