EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman bergambar bersama pelajar tahfiz selepas majlis penyerahan sumbangan wakaf Al-Quran kepada Maahad Tahfiz An Nur (MATAN) di Taman Puchong Intan pada 7 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais tawar peluang pelajar tahfiz swasta duduki SPM 2023

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 7 JAN: Pelajar institusi tahfiz swasta yang berminat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2023 diminta memohon Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor.

Menurut Jabatan Agama Islam (Jais) di Facebook, program itu diuruskan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://www.pitas.com.my sebelum tarikh tutup pada 28 Januari.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, pelajar institusi tahfiz persendirian yang berdaftar dengan Jais dan menghafal sekurang-kurangnya 10 Juzu’ al-Quran.

Sebarang pertanyaan hubungi Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat BPI di talian 03-5514 3400 sambungan 2035 atau WhatsApp 010-3437054.

Fast Track SPM Huffaz Selangor dianjur Kerajaan Negeri atas saranan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang memberi peluang kepada golongan itu menduduki SPM.

Mata pelajaran yang wajib diambil dalam program itu ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Arab dan Tasawwuf Islam.


Pengarang :