Kakitangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) (kiri) melayan pelanggan yang membeli ayam segar sempena Jelajah Ehsan Rakyat di Dataran Batu Laut Tanjong Sepat pada 31 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah jualan murah barangan asas diteruskan ke sembilan lokasi hari ini

SHAH ALAM, 17 JAN: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lagi lokasi hari ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tiram Setia (DUN Permatang), Puteri Central Park Bandar Tasik Puteri (DUN Kuang), Kampung Tambak Jawa (DUN Jeram) dan Jalan 2/1 Kampung Baru Seri Kembangan (DUN Seri Serdang).

Program turut diadakan di Kampung Sri Indah A (DUN Paya Jaras), Kedai Anggerik Maju Tanjung Siam, Kampung Kuantan (DUN Bukit Melawati), Taman Langat Murni (DUN Dengkil), Pangsapuri Angsana USJ 1 (DUN Subang Jaya) dan perkarangan masjid Kampung Sementa (DUN Sementa).

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu menawarkan jualan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Jualan itu yang berjaya memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di 693 lokasi sekitar 56 DUN sebelum ini diteruskan hingga Mac depan.


Pengarang :