Orang ramai membeli barangan keperluan di ST Rosyam Mart sempena jualan gudang dengan potongan harga sehingga 50 peratus di Seksyen 9, Shah Alam pada 6 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan gudang ST Rosyam Mart Shah Alam tawar diskaun sehingga 50 peratus

SHAH ALAM, 6 JAN: Pasar raya borong, ST Rosyam Mart di sini mengadakan jualan gudang bermula hari ini hingga Ahad dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd berkata terdapat lebih 1,000 barangan promosi termasuk makanan dan barang keperluan asas disediakan sempena jualan berkenaan.

“Jualan gudang ini hanya di ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam. Saya harap kepada semua penduduk sekitar datanglah ke tempat kami dan anda tidak akan menyesal.

“Pada hari biasa pun, harga barangan di ST Rosyam Mart akan ada pengurangan 20 hingga 30 peratus dari pasaran dan semua outlet dibuka 24 jam bagi memberi keselesaan kepada pengguna untuk berbelanja,” kata Datuk Rosyam Nor.

Beliau ditemui selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) ‘First 24 Hours Upscale Wholesale Retail Market’ dan pelancaran jualan gudang di ST Rosyam Mart di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Roziah Abudin.

Menurutnya, pengunjung boleh mendaftar kad ahli untuk menikmati barangan promosi selain pihaknya juga menyediakan khidmat penghantaran bagi pembelian dalam talian.


Pengarang :