Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Jualan makanan sejuk beku tarikan baharu Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 11 JAN: Jualan makanan sejuk beku termasuk daging rusa dan arnab antara tarikan baharu di Selangor Fruit Valley (SFV).

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook memaklumkan pusat jualannya turut menjual makanan sejuk beku seperti daging kambing, burung puyuh, ayam kampung, itik, ikan talapia dan keli.

“Selangor Fruit Valley kini ada tarikan baru buat anda semua. Kini anda boleh dapatkan pelbagai jenis daging sejuk beku yang dijual di pusat jualan SFV.

“Jom semua kita serbu produk keluaran SFV,” katanya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected]

Bermula Oktober tahun lalu harga tiket masuk bagi pelancong domestik ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :