Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna MBPJ, Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di Rawang empat hari berturut mulai esok

SHAH ALAM, 29 JAN: Jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri berada di sekitar Rawang selama empat hari berturut-turut mulai esok.

Wakil rakyatnya berkata Jualan Ehsan Rakyat diadakan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melayu Pekan Rawang esok sebelum ke Tasik Taman Bersatu Rawang pada Selasa.

Chua Wei Kiat memaklumkan jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di Lorong 7 Bola Keranjang Kampung Sungai Terentang pada Rabu manakala Dewan MPKK Kampung Kenanga (Khamis).

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat. Foto Arkib Selangorkini

“Jualan ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 petang. Kita mahu bantu dan meringankan kos sara hidup rakyat Rawang,” tulisnya di Facebook.

Program jualan murah itu menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :