AGENSISELANGOR

Kad Islam yang disediakan untuk mualaf ada pelbagai kelebihan

SHAH ALAM, 5 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyarankan mualaf di negeri itu mendapatkan kad perakuan memeluk Agama Islam (Kad Islam).

Mais memaklumkan Kad Islam mempunyai pelbagai kelebihan antaranya membantu melancarkan urusan di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Selain itu, mualaf juga berpeluang mengikuti kelas dan kursus anjuran LZS serta memudahkan proses permohonan berkahwin di pejabat agama Islam daerah.

“Kad Islam juga boleh dijadikan dokumen rasmi permohonan wali hakim di mahkamah syariah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut Mais, Kad Islam boleh diperolehi secara percuma dan ia siap dalam tempoh satu hari.

Untuk info lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Mais, www.mais.gov.my.


Pengarang :