AGENDANASIONAL

Kanak-kanak OKU maut dibelasah kekasih ibu, mayat dibuang dalam semak

SHAH ALAM, 6 JAN: Mayat kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan dalam semak, dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibuang ke kawasan itu di Kampung Kranji, Bau.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira lima hari sebelum ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya yang berusia enam tahun itu pada 21 Disember lalu, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Poge Nyaon berkata pihaknya kemudian menahan seorang lelaki berusia 35 tahun sekitar jam 3 petang kelmarin, yang mengaku memukuk kanak-kanak tersebut.

“Hasil soal siasat, suspek memberitahu memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga tidak bernyawa sebelum membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan semak.

“Pihak polis dipandu suspek dibawa ke tempat kanak-kanak itu dibuang pada 6.45 petang semalam (kelmarin) dan ibu mangsa mengesahkan identiti anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung dipegang mangsa,” katanya kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ibu kanak-kanak berusia 34 tahun itu turut ditahan untuk siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

 


Pengarang :