AGENSISELANGOR

Kaunter bantuan masuk sekolah penduduk Sekinchan dibuka Sabtu ini

SHAH ALAM, 5 JAN: Orang ramai boleh menyerahkan permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) Ahli Si Manja Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bagi kelahiran 2016 di pejabat DUN Sekinchan, Sabtu ini.

Yayasan Anak Warisan Selangor (Yawas) memaklumkan kaunter serahan dibuka 10 pagi hingga 4.30 petang, ibu atau bapa sahaja digalakkan hadir bagi mengelakkan kesesakkan.

“Wajib memuat turun aplikasi Yawas di telefon pintar atau melayari http://rms.yawas.ny/member/Register untuk mendaftar pengenalan diri dan kata laluan bagi urusan penebusan PBMS,” katanya di Facebook.

Tawas yang diuruskan Yawas dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Minggu lalu Yawas memulakan siri jelajah PBMS bagi Ahli Si Manja Tawas kelahiran 2016 di Banting.


Pengarang :