Kejadian tanah runtuh di Pusat Peranginan Bukit Larut menyebabkan laluan utama terhalang dengan pokok tumbang dan tanah. Foto Facebook Pusat Peranginan Bukit Larut
AGENDANASIONAL

Kawasan peranginan Bukit Larut ditutup akibat tanah runtuh

TAIPING, 13 JAN: Beberapa kakitangan pengurusan Bukit Larut di sini dilaporkan terkandas berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Kejadian jam 3 petang itu mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang dengan pokok tumbang dan tanah.

Menerusi maklumat dikongsi dalam Facebook Pusat Peranginan Bukit Larut, semua kakitangan berkenaan terkandas dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan di Kilometer 10.

Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1, lapor Sinar Harian.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memaklumkan, susulan kejadian itu, kawasan peranginan berkenaan ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti bagi mengelak risiko.

“Jangkaan tempoh penutupan akan dimaklumkan selepas penilaian keselamatan dibuat terutama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.


Pengarang :