SELANGOR

Kedai kasut dalam pusat beli-belah di Seri Kembangan terbakar

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat membeli belah di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat membeli belah itu, yang terbakar 100 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

– BERNAMA


Pengarang :