Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Konvensyen Pilihanraya Negeri KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 14 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Kekal mufakat, kestabilan negeri intipati HARAPAN Selangor

SHAH ALAM, 14 JAN: Mempertahankan muafakat, kestabilan dan kemakmuran negeri menjadi keutamaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agenda itu antara intipati penting yang akan ditawarkan kepada rakyat Selangor.

“Kita akan menawarkan beberapa perkara penting kepada rakyat negeri secara spesifik dalam masa tedekat. Sebagai rakyat Selangor, (HARAPAN) terus mempertahankan muafakat dan kestabilan kemakmuran negeri,” katanya.

Konvensyen Pilihanraya Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 14 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Berucap di Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini, Pengerusi HARAPAN Selangor berkata sejak 2008, Selangor bukan saja memperkenal perbaharuan daripada segi struktur pentadbiran, malah pendekatan berbeza dalam pelaksanaan program.

“Program kita bukan lagi soal undi tetapi soal pemerkasaan sebagaimana yang kita lakukan (sekarang). Lawan kita nanti akan juga membawa kononnya merekalah bawa perubahan, jana perubahan dan merekalah watak perubahan.

“Tetapi kalau nak kekalkan perubahan, nak pertahankan reformasi modelnya adalah model HARAPAN yang terbukti jelas di Selangor kejayaan kita membuktikan pentadbiran mantap, pembangunan mampan, ekonomi yang baik dan juga kesaksamaan dan keadilan rakyat daripada segi menjaga kebajikan,” katanya.


Pengarang :