Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan mahu kurangkan tekanan rakyat dalam isu kos sara hidup

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan memberi jaminan untuk mencari penyelesaian dan mengurangkan tekanan rakyat dalam isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara perkara yang sudah dilaksanakan adalah membatalkan kenaikan tarif elektrik yang telah dipersetujui kerajaan terdahulu.

“Ketika kerajaan terdahulu, kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik sudah siap. Tetapi bila saya lihat, dengan semua cabaran semasa ini, tidak mungkin (kenaikan berlaku).

“Saya kata jangan naikkan. Hanya naikkan kepada syarikat multinasional dan korporat besar sahaja. Kita mahu kurangkan tekanan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam program Naratif Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di RTM malam tadi.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 billion.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata kerajaan juga tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik kepada pengguna domestik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat pertanian dan pengeluar makanan.


Pengarang :