Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerja baiki paip pecah di Sungai Buloh dijangka siap 10 malam ini

SHAH ALAM, 1 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh sejak pagi tadi.

Agensi berkata proses berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 10 malam ini dan membolehkan bekalan air kembali disalur kepada pengguna secara berperingkat.

“Kerja pembaikan ini bakal menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 83 kawasan sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

“Tempoh masa pemulihan air berbeza di setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Susulan itu agensi berkata pihaknya menggerakkan lori tangki bagi menghantar bekalan air ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Berikut merupakan kawasan yang dijangka terjejas:

 


Pengarang :