PBTSELANGOR

Kes denggi di Hulu Selangor meningkat, penduduk disaran hapus tempat biak Aedes

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyaran supaya penduduk menjaga kebersihan kawasan kediaman berikutan peningkatan kes demam denggi pada minggu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sebanyak 174 kes dikesan di lokaliti hotspot bagi tempoh seminggu lalu dalam kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Sentosa.

“Terdapat tujuh lokaliti hotspot denggi iaitu Apartmen Dahlia, Apartmen Anggerik, Apartmen Teratai, Apartment Cempaka, Apartmen Kenanga dan Apartmen Mawar.

“Sama-sama kita hapuskan tempat pembiakan Aedes dan menjaga kebersihan rumah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

MPHS juga memaklumkan terdapat 45 kes sama dilaporkan di lokaliti wabak terkawal selain tiada kes di lokaliti wabak tidak terkawal di Hulu Selangor

Perangkaan situasi semasa kes dan wabak denggi di Hulu Selangor bagi 1 hingga 7 Januari lalu dikeluarkan menerusi Facebook Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor.

Dalam pada itu pemasangan sepanduk dan banting giat dilakukan Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor bertujuan untuk memberi peringatan kepada penduduk.


Pengarang :