AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

Khatan perdana sasar 3,000 kanak-kanak, bantu keluarga berpendapatan rendah

SHAH ALAM, 19 JAN: Kira-kira 3,000 kanak-kanak disasar menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diteruskan lagi tahun ini, kata EXCO pembangunan luar bandar.

Borhan Aman Shah berkata program Sunathon Perdana 2023 yang memberi keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah itu dianjurkan secara berfasa iaitu ketika cuti persekolahan tidak lama lagi serta hujung tahun nanti.

Kanak-kanak menunggu giliran untuk berkhatan dalam program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak pada 6 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Peringkat awal ini kita sasar 1,000 kanak-kanak akan mendapat manfaat program dan selebihnya hujung tahun ini.

“Ketika ini pelaksanaan program masih dibincangkan bersama beberapa pihak supaya proses berjalan lancar dan mancapai matlamat,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Tahun lalu program percuma anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu menyediakan peruntukan RM500,000 untuk manfaat 3,300 kanak-kanak.


Pengarang :