Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Lapan daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 7 malam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 5 JAN: Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda lapan daerah di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :