Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Laporan penuh tragedi tanah runtuh Batang Kali siap hujung bulan ini

PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) — Laporan penuh dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap, hujung bulan ini.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beberapa isu telah dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan di Kabinet awal bulan ini.

“Laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian pada 16 Disember lalu.

— BERNAMA


Pengarang :