Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim bergambar bersama penerima sumbangan barang keperluan sempena program Prihatin Tahun Baharu Cina DUN Pandan Indah di Ampang Jaya pada 20 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 500 warga Tionghoa DUN Pandan Indah terima ayam mentah, beras sempena Tahun Baharu Cina

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 20 JAN: Lebih 500 penduduk menerima sumbangan ayam mentah dan beras sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah di sini, hari ini.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim berkata sumbangan bawah program Pandan Prihatin itu dianjurkan setiap kali menjelang musim perayaan.

“Program Pandan Prihatin ini sering dianjurkan setiap kali menjelang musim perayaan seperti Deepavali, Hari Raya dan kali ini, Tahun Baharu Cina.

“Setiap orang (penerima) mendapat sumbangan dua ekor ayam dan sekampit beras (5kg) serta limau untuk 500 penerima warga Tionghoa sekitar Pandan Indah,” katanya.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim menyampaikan barang keperluan kepada penerima sumbangan sempena program Prihatin Tahun Baharu Cina DUN Pandan Indah di  Ampang Jaya pada 20 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Bercakap ketika ditemui pada progam berkenaan, Ir Izham berkata inisiatif tersebut sebahagian daripada program yang menyasarkan golongan B40 di Pandan Indah.

“Kita (DUN) ada pelbagai program, ini merupakan salah satu. Kita berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan persatuan penduduk serta ahli majlis dan memilih mereka (penerima) dalam kalangan B40.

“Dengan sumbangan ini, kita yakin dapat mengurangkan beban (penduduk) bagi membantu persiapan mereka menjelang perayaan. Kita akan teruskan usaha ini dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Sebahagian penerima sumbangan barang keperluan mendaftar ketika program Prihatin Tahun Baharu Cina DUN Pandan Indah di Ampang Jaya pada 20 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :