Antara pemenang Karnival Sukan 3K Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2022 di Uptown Sports Bandar Baru Bangi pada 31 Disember 2022. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

Lebih 800 meriahkan karnival sukan piala Yang Dipertua MPKj

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Lebih 800 peserta menyertai Karnival Sukan 3K Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2022 di Uptown Sports Bandar Baru Bangi Sabtu lalu.

Ketua program berkata sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu futsal terbuka, bola jaring amatur dan badminton pada edisi julung kali itu.

“Sebanyak 32 pasukan bertanding bagi ketiga-tiga acara untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM10,000,” kata Rosaliza Ghazali.

Pasukan Sly FT menjuarai acara futsal terbuka yang membawa pulang wang tunai RM1,500 diikuti Galaticos (RM800) dan Jueleh (RM500) yang masing-masing diberi pingat dan piala.

Pasukan MJL pula menjuarai bola jaring amatur diikuti Galaxy Nc (kedua) dan Crakers (ketiga) yang memenangi hadiah yang sama.


Pengarang :