Gambar Hiasan
AGENDAJENAYAH

Lelaki dipercayai mabuk ditemukan mati dalam kolam takungan di Rawang

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 10.26 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi.

“Kawalan BBP Batu Arang menerima maklumat daripada pihak polis, menyatakan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mabuk dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air berkeluasan 9 meter kali 9 meter pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Anggota bomba kemudian membuat kerja pencarian sebelum menemukan mangsa pada kedalaman kira-kira 3 meter dalam kolam tersebut pada pukul 1.33 tengah hari,” katanya hari ini.

Norazam berkata mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut. – BERNAMA


Pengarang :